Search This Blog

16 March 2010

Skoliosis: Boleh dirawat melalui pemakanan dan senam (In Malay)


Siapalah yang ingin mempunyai badan yang bengkok angkara tulang belakang yang tidak tumbuh secara normal?

Keadaan ini biasanya disebabkan masalah disebut skoliosis (scoliosis).Untuk merawatnaya, cara biasa yang digunakan ialah memasang pendakap atau braces untuk membetulkan tulang yang bengkok itu.Pembedahan juga boleh di lakukan, tetapi ia boleh memberikan beberapa risiko seperti kehilangan darah yang banyak dan kerosakkkan saraf.

Namun, pesakit skoliosis tidak perlu menjalani prosedur konvensional ini kerana ia bolehdirawat tanpa pembedahan,melalui satu sistem teratur yangmelibatkan perancangan pemakanan yang disesuaikan dengan keperluan pesakit, dan progam senaman yang berstruktur.Seorang doktor yang menjalankan rawatan seperti ini ialah Dr Kevin Lau, seorang pakar dalam bidang rawatan skoliosis tanpa pembedahan dan juga doktor bidang kiropraktik dan permakanan holistik.

Menurut Dr Lau, yang menulis sebuah buku khusus mengenai skoliosis, Health in Your Hands,

penyakit itu adalah satu masalah kesihatan yang berleluasa di seluruh dunia.

Data menunjukan bahawa kedudukan tulang belakang yang tidak normal,yang membawa kepada bentuk tulang yang bengkok, menjejas hampir dua daripada tiga orang remaja dan mula ketara pada usia antara 10tahun dengan 15 tahun apabila seseorang itu pula prihatin dengan bentuk badannya.

Di Singapura pula, seorang daripada setiap 10 orang menghidap apa yang disebut sebagai skoliosis lumbar (bahagian bawah tulang belakang), menurut satu kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan pakar bedah tulang belakan, diketuai oleh Profesor Wong Hee Kit, pengerusi Kelompak Ortopedik dan Pembedahan Mikro Tangan dan rekonstruktif di Sistem Kesihatan Universiti National (NUHS).

LEBIH KERAP DIHADAPI WANITA

Apa yang lebih buruk lagi, kajian itu juga mendedeahkan skoliosi dihadapi sebanyak 1.6 kali lebih kerap oleh kaum wanita,berbanding lelaki, dan menjejas dua kali ganda lebih ramai kaum Cina dan Melayu, berbanding India Kata Dr Lau.

Bukunya menyebut tentang seorang kanak-kanak perempuan Susan, yang menghidap skoliosis, semasa usianya 12 tahun, ibunya mengesan ada ketulan kecil di belakang badanya.

Beliau bimbang ketulan itu mungkin tumor, tetapi X-ray yang dijalankan menunjukkan tulang belakang Susan telah tumbuh bengkok dalam bentuk “S”.

SKOLIOSIS IDIOPATIK

Susan rupa-rupanya mengalami skoliosis. Beberapa X-ray yang dijalankan selanjutnya menunjukkan tulang belakangnya bengkok 36 darjah dari garisannya.

Keadaannya disebut doktor sebagai skoliosis idiopatik yang bermaksud puncanya tidak diketahui.

Sekitar 80 peratus pesakit yang mempunyai masalah tulang belakang bengkok tergolong dalam kategori ini. Selebihnya berpunca daripada kecacatan sejak lahir,kecederaan pada tulang belakang dan penyakit saraf dan otot-otot seperti muscular dystrophy.

Dr Lau menarik perhatian bahawa rawatan konventional skoliosis biasanya memerlukan pesakit menunggu dan melihat sejauh mana tulangnya telah bengkok melalui pemeriksaan setiap enam bulan atau setiap tahun. Jika tulang itu bengkok antara 25 dengan 40 darjah,pesakit biasanya disarankan menggunakkan pendakap; Kalau ia bengkok teruk melebihi 40 darjah,barulah pembedahan disarankan sebagai langkah terakhir kata Dr Lau.

Bagaimanapun katanya ramai ibu bapa dan pesakit tidak mahu menunggu dan melihat sejauh mana masalah skoliosis yang dihadapi telah menjadi lebik teruk.Mereka mahu sesuatu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan penyakit itu daripada menjadi lebih buruk.Di sinilah kaedah kaedah yang saya gunakan memberikan perbezaan.

Walau bagaimanapun teruk sekalipun keaadan pesakit,kaedah saya boleh digunakan untuk apa jua peringkat skoliosis kerana tujuan utamanya ialah membaiki kesihatan pesakit dan senaman yang disarankan katanya lagi.

Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku utama di sini dengan harga $38 (termasuk GST) senaskhah.Keterangan langut megenai buku ini boleh didapati di laman web www.spinal.com.sg.

No comments:

ShareThis